Monday, 30 September 2013

siapakah SPRING??

Kumpulan Spring adalah salah sebuah kumpulan pop di Malaysia yang ditubuhkan pada penghujung tahun 1980-an iaitu pada tahun 1987. Nama kumpulan yang berasal dari Terengganu ini mula berada di puncak apabila single daripada album kedua mereka yang berjudul Sampai Hati merajai carta muzik Malaysia dan Indonesia pada tahun 1993. Setelah itu Spring melahirkan lebih banyak lagu nombor satu seperti Bourgeinvilla, Persada Cintaku, Butakah Cinta, dan Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta. Menerusi 8 buah studio album dan beberapa buah kompilasi, kumpulan ini berjaya menjual lebih 500,000 unit secara keseluruhan dan menjadi salah satu dari artis Malaysia dengan jualan album terbanyak dalam sejarah. Kumpulan ini pernah meraih anugerah Kumpulan Muzik Paling Popular 1994 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.



PERMULAAN KERJAYA


Bakat mereka mula dicungkil menerusi pertandingan muzik "War Rock 1" pada 1987 & "War Rock 3" pada 1989. Namun kumpulan Spring mula mencipta nama di dalam industri muzik tanah air pada awal 1990-an menerusi album pertama berjudul Spring yang mempertaruhkan lagu Sejiwa. Kumpulan Spring adalah kumpulan pop rock yang seangkatan dengan kumpulan Mega, Iklim & Ekamatra. Menerusi album pertama, kumpulan ini mencipta trademark tersendiri menerusi lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu berkonsepkan pop rock, balada & kebanyakkan rakaman juga dibuat dalam bentuk akustik.

PUNCAK KEGEMILANGAN
Kumpulan Spring mula mendaki puncak populariti pada 1993 menerusi lagu Sampai Hati ciptaan bersama M. Nasir di mana lagu tersebut layak ke pertandingan akhir "Pujaan 10 Nescafe" dan "Anugerah Juara Lagu ke-8" dalam kategori balada. Sejak itu deretan hits seperti Bourgeinvilla, Cempaka Di Rembulan dan Romantis meniti corong-corong radio, Kumpulan ini juga turut mempopularkan rakaman menerusi lagu lagu yang bercorak akustik seperti Butakah Cinta, Sejujur Mana Kata Kata dan Persada Cintaku hingga memberi pengaruh kepada banyak kumpulan pop selepas mereka seperti Exist, Slam, Ukays dan Umbrella. Fenomena itu menyebabkan mereka merakamkan kembali lagu popular yang memperkenalkan nama Spring iaitu Sejiwa di dalam versi akoustik menerusi album kompilasi Balada Gemilang. Walaupun pada pertengahan dan penghujung tahun 1990-an banyak kumpulan-kumpulan muzik baru yang muncul di industri muzik Malaysia dengan genre muzik serupa, namun kumpulan Spring masih utuh sebagai salah sebuah kumpulan muzik yang popular di Malaysia. Buktinya Spring kembali mendaki puncak populariti pada penghujung 1990-an menerusi lagu popular mereka iaitu Kita Di Takdirkan Jatuh Cinta, Kerana Budi Ku Jatuh Hati dan Pesanan Buat Kekasih sedangkan beberapa kumpulan seangkatan tidak lagi mampu meraih jualan memberangsangkan.

ANGGOTA KUMPULAN
Ameng (Vokal), Iskandar (Gitar elektrik), Zahar (Gitar akoustik), Yunus (Gitar bes asal)dan diganti dengan Empy Teja(Gitar bes) dan Acong (Dram) kekal sebagai ahli kumpulan Spring sejak awal penubuhan pada tahun 1987 hingga tahun 2003. Mereka semua berasal dari Besut, Terengganu.Drummer berasal dari Jelebu,Negeri Sembilan. Ahli kumpulan yang paling popular adalah Ameng yang juga pernah berkahwin dengan dramatis / penerbit terkenal Zaidah Awang ataupun A.Aida pada tahun 1993 hingga 2002. Mereka pernah bercerai sekali dan rujuk semula sebelum kembali bercerai pada 2004.
Aktres Sofia Jane, Zizie Ezette dan pelawak Sharifah Shahora adalah antara artis wanita yang pernah muncul dalam muzik video kumpulan Spring.


PENCAPAIAN
JUARA LAGU
1993 - FINALIS AKHIR JUARA LAGU - LAGU / SAMPAI HATI
1995 - FINALIS AKHIR JUARA LAGU - LAGU / ROMANTIS

SEMI FINAL MUZIK - MUZIK
1998 - KITA DI TAKDIRKAN JATUH CINTA - SPRING
1999 - PESANAN BUAT KEKASIH - SPRING

ANUGERH INDUSTRI MUZIK ( AIM )
1993
- MENANG - VIDEO MUZIK TERBAIK ( SAMPAI HATI )
- TOP 5 ( VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK album SAMPAI HATI )
- TOP 5 ( KULIT ALBUM TERBAIK album SAMPAI HATI )
1995 - TOP 5 ( VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK album BOURGENVILLA )
1996 - TOP 5 ( ALBUM ROCK TERBAIK / JUJUR - SPRING )

ANUGERAH BINTANG POPULAR
1993 - TOP 5 ( PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR - SPRING )
1994 - MENANG - PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR - SPRING
1995 - TOP 5 ( PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR - SPRING )

ANUGERAH PLATINUM -
ALBUM -
BOURGENVILLA ( 1994 )
LUAHAN ( 1997 )
GALERI SPRING ( 1999 )



Sunday, 29 September 2013

nie haa lagu favourite..!


spring-cempaka di rembulan

Doa sepiku ini dihiasi bunga cempaka

Mengiringi kembaramu
Cinta yang asli 
Oh kekasihku..

Kerinduan bersama masih bermain di jiwa

Engkau tetap ku cintai
Namun rembulan 
Tak mungkin berkembar siang

Di tepi ku kenangan silam

Mengusik-usik naluri ini
Di depanku hidup yang tanpamu
Kau kekasihnya pencinta yang abadi
Hoo oo..pencinta abadi

Hanya jemarimu telah digantikan

Dingin salju dan air mata
Yang kian lenyap dan terbenam
Kerana syurga yang kita idamkan
Kita terpisah di dalam igauan
Engkau hampiri aku yang tertinggal menantikan..
Saat-saat bersamamu..





scan-kau dipaksa aku terpaksa

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan'
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Ku tahu cinta mu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tomahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih...
Andai ini kesudahaan..
Ikhtiarku tiada lagi walau kita saling sayang
Terpaksa ku undur diri agar tiada pihak terluka
Kerna kita..

Kau dipaksa lupakan aku 
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskanmu
Walau sayang ku bertaut..





rusty blade-tiada lagi aku

Kita bersama menempuh semua
Dugaan melanda tidak kupinta
Pahit dan manis duka menghiris
Kita mengharungi dengan berani
Gurau dan senda pun turut mengisi
Ruang dan ketika di masa sepi
Kepercayaan dan keikhlasan
Makin menguatkan persahabatan
Entah mengapa engkau cepat benar berubah
Kerana kejayaan kau merasa megah
Jangan engkau mudah terlupa setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Diriku akhirnya kau singkir jua
hoo… biarku pergi membawa sekeping hati
Tidak sanggup lagi aku menyaksi
Wajah yang pernah menyakitkan hati
Gurau dan senda pun turut mengisi
Ruang dan ketika di masa sepi
Kepercayaan dan keikhlasan
Makin menguatkan persahabatan
Entah mengapa engkau cepat benar berubah
Kerana kejayaan kau merasa megah
Jangan engkau mudah terlupa setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Diriku akhirnya kau singkir jua
hoo… biarku pergi membawa sekeping hati
Tidak sanggup lagi aku menyaksi
Wajah yang pernah menyakitkan hati
Jangan engkau mudah terlupa setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Diriku akhirnya kau singkir jua

Sunday, 22 September 2013

jika kita marah pada seseorang...
jangan sampai kita tidak nampak lagi kebaikannya...
jika kita suka pada seseorang...
jangan sampai kita tidak nampak pada kelemahannya..:)