Sunday, 15 December 2013
Sunday, 1 December 2013
MELAYU PERLU SEDAR..!! (DAP & MALAYSIAKINI)
Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Apa Yang Terjadi Selepas
Jeff Ooi Melafazkan Permohonan Maafnya.
Sejak semalam kita tahu bahawa Jeff
Ooi meminta maaf diatas kata-katanya sebelum ini yang menghina kakitangan MPPP
dengan panggilan kucing kurap. Permohonan maaf tersebut dibuat majlis konvesyen
DAP Pulau Pinang semalam.
Tetapi ada satu benda yang mungkin
anda tidak tahu disebalik permohonan maaf tersebut. Yang dia minta maaf kerana
Karpal Singh itu satu hal. Ada lagi satu hal yang mungkin tidak diketahui
ramai.
Sekarang mari RBF beritahu…
Sebaik sahaja Jeff Ooi melafazkan
permintaan maafnya semalam, dia telah diboo oleh cina-cina DAP dalam majlis
itu. Dia diboo oleh cina-cina DAP dalam majlis tersebut kerana memohon maaf kepada
kakitangan MPPP yang berbangsa melayu.
Itulah wajah sebenar cina-cina DAP.
Mereka rasa satu penghinaan apabila orang mereka terpaksa memohon maaf kepada
orang melayu. Begitulah tebalnya sikap anti dan benci kepada melayu dikalangan
cina-cina DAP.
Jika mereka sokong tindakan Jeff Ooi
memohon maaf untuk menjernihkan keadaan sudah tentu mereka tepuk tangan, bukan
mengeboo.
Saya tidak bercakap kosong…saya
tidak membuat fitnah…saya menulis berdasarkan bukti yang diberikan pihak mereka
sendiri. Lihatlah dibawah….
Ini berita asal sebab itu
saya print screen dan simpan.yang dikeluarkan malaysiakini tengahari semalam.
Saya dah jangka apa yang akan berlaku,
Ini komen yang sempat dihantar oleh seorang hamba Allah yang
bernama Encik Rbf dalam berita diatas. Nampaknya apa yang saya jangka menjadi
kenyataan. Selepas 2-3 jam saya buka balik malaysiakini dan saya lihat berita
tersebut telah ditukar tajuk dan kandungannya. Lihat dibawah…
Anda perhatikan yang didalam kotak hitam. Masa dan wartawan yang
menulis adalah orang yang sama dengan berita yang disiarkan sebelum itu.
Selama ini malaysiakini mengatakan mereka pelapor berita yang adil,
yang saksama, yang beretika dan sebagainya.
Nah !
Sekarang apa cerita ?
Apakah ini beretika ?
Apa-apa pun malaysiakini telah mengesahkan bagaimana sifat
perkauman cina-cina DAP yang begitu tebal, sifat anti melayu yang kuat.
Sehinggakan orang mereka minta maaf kepada orang melayu pun kena sorak….kena
boo….
Terima kasih malaysiakini….
sumber : [http://www.rbfonline.net/2013/12/]
Wanita lamar lelaki amalan terpuji ?
ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting
pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita
yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami
namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.
Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran
terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu
berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.
Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang
berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.
Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari
daripada adat dan budaya.
Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak
pernah dilakukan dalam masyarakat kita.
Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’
melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak
usianya dengan Rasulullah agak jauh.
Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan
Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang
kaya-raya.
Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga
disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.
Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya
dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?
Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai
‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.
Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk
merubah budaya.
Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain
Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina
Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.
Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi
pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk
mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan
insan yang lebih baik untuk mereka.
Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi
penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar
mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.
Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh
melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada
syariat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang
wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya
Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar
perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri
dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada
puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan
menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa
Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar
iman.
“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan
langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.
“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan
akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras
dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.
“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu
keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.
“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun
tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana
mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.
Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana
dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.
“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada
wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia
adalah usaha yang sangat terpuji.
“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai
usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.
Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan
bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan
hidup,” katanya.
Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan
bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di
atas muka bumi ini.
“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah
terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini
perlu kepada lelaki kepada wanita.
“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak
laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang
mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap
hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.
“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan
terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung
belang sebagai pasangannya,” katanya.
Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti
Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur
dan bijak ketika menjalankan perniagaan.
“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah
yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.
“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini
bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan
kepada tuannya Siti Khadijah.
“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat.
Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak
memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat
melamar Nabi Muhammad.
“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,”
katanya.
Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan
ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu
benar.
“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat
dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat
istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau
meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.
“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana
solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum
pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang
pasti.
“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus
bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik
bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.
Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari
pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.
“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya.
Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat,
pendera dan tidak bertanggungjawab.
“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah.
Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia
bertentangan dengan syariat dan fitrah.
“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita
jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga
kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.
Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’
tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.
“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan.
Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh
buat mereka,” katanya.
Tuesday, 26 November 2013
SEJARAH & PERKEMBANGAN SEPAK TAKRAW
Sepak Takraw ialah merupakan sejenis permainan antara dua
pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Di
Malaysia, permainan ini dipanggil 'sepak takraw'. Namun, terdapat perbezaan
nama permainan ini antara Malaysia dengan negara lain. Antaranya ialah :
Filipina : sipa
Burma : chinlone
Laos : kator
Thailand : takraw
Pada tahun 1940an, permainan ini telah dimainkan dengan
menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton.
Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telah digubal dan
disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.
Permainan Sepak Takraw mula dipertandingkan buat pertama
kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah
diadakan di Malaysia. Perbincangan berlaku di antara wakil-wakil dari Negara
Thailand dan Burma bagi membincangkan nama permainan ini. Jawatankuasa
Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa Permainan ini dinamakan sebagai
SEPAK TAKRAW, yang merupakan gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw'.
Pada masa kini, permainan Sepak Takraw telahpun mengalami
evolusi dimana permainan ini bukan sahaja dimainkan dan disertai oleh atlet
lelaki, tetapi juga turut dimainkan oleh atlet wanita.
Pemain Sepak Takraw
Tekong - merupakan pemain yang berada di bahagian tengah
berhampiran bulatan sepak mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis
serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.
Apit kanan - merupakan pemain yang berada di bahagian
sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan
gelanggang.
Apit kiri - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah
kiri tekong, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang.
Apit Kanan dan Apit Kiri masing-masing boleh bertindak
sebagai pencampak bola untuk Tekong melakukan sepak mula atau servis, melakukan
libasan (rejaman), mengumpan bola dan membuat hadangan. Ini bergantung kepada
situasi permainan dan kemahiran masing-masing
for someone...[nomad-tetap menantimu]
Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir
Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Muslimah:Antara Tertutp Dan Terbuka)
Beberapa malam yang lepas, seorang pensyarah pengajian Islam
dari salah sebuah Negara Teluk datang ke rumah saya. Beliau menjadi imam
tarawih di tempat saya Dewan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziah. Selepas solat saya
menjemputnya berbual dalam rumah saya. Ketika beliau memberitahu saya bahawa
beliau mengajar pelajar-pelajar perempuan, saya bertanya apakah negaranya sudah
membenarkan guru lelaki mengajar wanita secara berhadapan. Dia kata, dia
mengajar menggunakan perantaraan talian komunikasi, bukan secara langsung. Saya
tanya kenapa? Dia menjawab tidak wajar lelaki berhadapan dengan wanita secara
langsung kerana itu membawa fitnah. Dia lalu membawa beberapa alasan dari hadis
Nabi s.a.w untuk memperkukuhkan pandangan tersebut. Jam sudah agak lewat ketika
itu, saya mengambil langkah enggan berhujah panjang dengan tetamu saya itu. Apa
nak hairan, macam itu mazhab kebanyakan ulama di negaranya.
Di negara kita pula sehari dua ini ada yang tidak puas hati
dengan fatwa larangan wanita muslimah menyertai pertandingan ratu cantik. Ada
yang membantah kerana kononnya fatwa itu tidak demokratik dan menghalang hak
wanita. Hal ini dibangkit dan disokong oleh kumpulan ‘liberal tegar’ yang
seperti biasa –sekalipun mungkin tidak mengaku- menjadikan Barat sebagai asas
dalam penentuan hal ini. Apabila kita sebut Barat, kita maksudkan pegangan awam
yang menguasai cara fikir penentuan polisi di Barat. Kita tidak maksudkan agama
Kristian.
Inilah masalah yang menghimpit pemikiran yang sederhana dan
adil tentang wanita dalam Dunia Islam. Satu pihak yang begitu sempit tentang
wanita sehingga menfardukan budaya setempat yang diberikan lebel agama ke atas
wanita seperti yang berlaku di Pakistan dan beberapa negara Arab. Di satu pihak
lagi, golongan yang menuntut agar tafsiran agama diselaraskan dengan kehendak
semasa di Barat.
Wanita Zaman Nabi
Dalam hadis yang banyak, pergaulan antara lelaki dan wanita
di zaman Nabi s.a.w berlaku secara normal tetapi terhormat. Tidak jumud seperti
yang disangka oleh sesetengah pihak. Sebab itu sahabiyat atau wanita muslimah
pada zaman Nabi s.a.w terlibat membantu Nabi s.a.w dan tentera Islam dalam
peperangan. Mereka mengubati tentera yang cedera dan sebagainya. Bahkan ada
yang terlibat langsung dengan peperangan. Umpamanya, semasa Peperangan Hunain,
Umm Sulaim membawa khanjar (pisau belati) untuk menikam sesiapa yang
menghampirinya. Dalam hadis Muslim, suaminya iaitu Abu Talhah berkata kepada
Rasulullah, “Wahai Rasulullah! Ini Ummu Sulain, bersamanya khanjar”. Lalu
Rasulullah berkata kepada Ummu Sulaim, “Khanjar apakah ini?”. Ummu Sulaim
menjawab, “Aku bawa, jika ada musyrikin (musuh) yang menghampiriku nescaya aku
belah perutnya dengan ini”.
Begitu juga Umm Haram, apabila dia telah mendengar Nabi
s.a.w bersabda: “Tentera yang pertama dikalangan umatku yang berperang di laut
wajiblah bagi mereka itu di syurga.” Kata Umm Haram: “Wahai Rasulullah s.a.w!
Adakah aku termasuk dikalangan mereka?” Jawab Baginda: “Ya!” Kemudian Baginda
bersabda lagi: “Tentara yang pertama dikalangan umatku yang memerangi bandar
Qaysar (Caesara) diampunkan dosa mereka.” Aku (Umm Haram) berkata: “Adakah aku
dikalangan mereka, wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Tidak!” (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Sejarah mencatatkan, bahawa peperangan umat Nabi s.a.w yang
pertama di laut ialah peperangan Cyprus. Umm Haram telah menyertainya dan
panglima tentera Islam dalam peperangan tersebut ialah Mu’awiyah ibn Abi
Sufyan. Peperangan ini berlaku pada zaman pemerintahan Sayyidina ‘Uthman ibn
‘Affan. Mu’awiyah yang menjadi amir ketika itu, turut serta ke medan peperangan
bersama dengan isterinya (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Al-Isabah fi Tamyiz
al-Sahabah, 8/223, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah)
Wanita juga terlibat menghidangkan makanan kepada lelaki
semasa majlis perkahwinan. Dalam hadis al-Bukhari, masa majlis walimah Abu
Usaid al-Sa’idi, isteri beliau yang merupakan pengantin baru melayan hidangan
untuk tetamu lelaki, termasuk Rasulullah s.a.w.
Terdapat juga riwayat di mana Rasulullah dan para sahabat
pernah nampak isteri al-Zubair ibn al-‘Awwam iaitu Asma bin Abi Bakr yang
sedang membawa benih tamar, lalu baginda menjemputnya untuk naik tunggangan
baginda. Dalam riwayat al-Bukhari, Asma berkata: “Nabi s.a.w mendudukkan unta
untuk aku menaikinya. Aku malu terhadap Nabi dan teringatkan pula sifat cemburu
kamu (al-Zubair)”.
Terlalu banyak riwayat yang menunjukkan pergaulan secara
terhormat berlaku antara lelaki dan perempuan pada zaman Nabi s.a.w dengan
keizinan baginda dan bahkan penglibatan baginda sendiri kadang-kala.
Sopan
Pun begitu, hubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan
yang mesti dikawal. Menutup aurat salah satu darinya. Pakaian menutup aurat
bukan sahaja disuruh oleh Islam bahkan dalam semua agama yang ada hubung kait
dengan wahyu serta kenabian seperti Yahudi dan Kristian, sentiasa menganggap
menutup kepala dan jasad secara sopan seperti yang dipakai oleh nun dalam
Kristian adalah tuntutan. Persamaan itu tidak pelik. Puasa juga Allah tegaskan
(maksudnya)
“seperti mana diwajibkan kepada mereka yang sebelum
kamu”.(Surah al-Baqarah, ayat 183).
Persamaan bukan menunjukkan pengaruh yang salah seperti yang
didakwa oleh kelompok anti-tudung kepala.
Dalam al-Quran Allah berfirman: (maksudnya)
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak
perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab
(pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih
dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
(Surah al-Ahzab, ayat 59).
Maka, asas dalam fesyen pakaian seorang wanita muslimah
hendaklah berteraskan pakaian yang memberikan gambaran yang pemakainya seorang
wanita yang baik dan tidak membangkit nafsu lelaki dengan pendedahan, warna
yang melampau, rekaan fesyen yang memberikan nilai yang negatif dan
seumpamanya.
Juga firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31(maksudnya):
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh)
mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan
leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua
perkara: pertama; maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah wajah dan tapak
tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm
al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah,
al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sementara kalangan ulama seperti Abu
Hanifah memasukkan pergelangan kaki antara yang boleh didedahkan. Dalam bahasa
sekarang, tidak wajib memakai stokin. Kedua; ayat di atas menyatakan “dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan
sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju.
Bahagian belahan leher yang mungkin mendedahkan dada dan sekitarnya itu perlu
ditutup.
Inilah pakaian yang syarak tetapkan. Wanita muslimah patut
mengetahui identiti mereka seperti yang disebut dalam ayat surah al-Ahzab tadi:
‘cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang
baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu’. Pakaian mempunyai nilai yang
tersendiri dalam kehidupan masyarakat manusia.
Double Standard
Cuma mungkin ada yang keliru dengan fatwa yang dikeluarkan
kerana hanya mengkhususkan pertandingan ratu cantik sedangkan ada lagi acara
lain yang lebih terdedah seperti renang dan olahraga-olahraga lain. Mengapa
pula tiada fatwa yang menghalang mereka?! Jawapan mungkin kerana
olahraga-olahraga itu mendapat sokongan kerajaan-kerajaan yang berkuasa. Jika
difatwa, mungkin tidak panjang ajal kontrak yang mengeluarkannya. Ataupun,
seperti mazhab ulama muda sebuah pertubuhan politik, jika kesalahan kerajaan
kita jangan bising, diam-diam bisik di telinga menteri sudahlah. Orang lain,
mereka bising habis-habisan. Ataupun, seperti kata tetamu Arab saya yang keras
tentang wanita itu, ‘para ulama hari ini ramai yang bacul’. Saya rasa saya
boleh bersetuju dengannya dalam bab itu.
Sukan olahraga yang ada boleh disertai jika penontonnya
hanya wanita. Walaupun ada khilaf ulama tentang kadar aurat sesama wanita,
namun jika diambil pendapat yang lebih luas maka ruang boleh diberikan kepada
mereka. Ataupun, mereka mengenakan suit yang tidak bercanggah dengan syarak.
Maka, lelaki boleh melihat acara tersebut. Sekali lagi, walaupun ada pendapat
yang sempit, kita memilih pendapat yang sederhana yang lebih memberi kemudahan
dalam masa yang sama tidak lari dari nas-nas agama. Namun, tidaklah longgar
sehingga melondehkan nas seperti golongan ‘liberal tegar’.
HENDAKLAH AKAL MENGUKUR MAKLUMAT (Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin)
Cabaran paling besar dalam kalangan sesetengah yang memakai
gelaran ‘agamawan’ atau tokoh agama adalah apabila mereka tidak memiliki manhaj
atau method yang betul dalam memahami sesuatu fakta yang dikaitkan dengan Islam
ini. Lalu, atas kurang teliti, atau ‘kurang fikir’ atau ‘memang tak mahu fikir’
mereka menelan semua perkara yang dikaitkan dengan agama, samada hasil
percakapan orang atau bahan bacaan yang mereka temui. Dari situlah lahirnya
khurafat, karut marut, tokok tambah, kekartunan pemikiran yang diberikan lebel
agama. Jika hal itu berterusan, maka kekeliruan terhadap agama akan berkembang
lantas agama akan dipersenda dan didustai.
Menilai
Sesuatu riwayat atau kisah atau matan yang hendak dianggap
benar untuk dikaitkan dengan Islam dinilai secara kritis sejauh manakah
kesahihan maklumat tersebut. Ini mesti dilihat kepada sumber maklumat; samada
ia berasal daripada al-Quran dan al-Sunnah atau tidak? Sementara jika riwayat
itu bersumberkan hadis atau athar; hendaklah dipastikan ia riwayat yang
diterima di sisi ilmu periwayatan. Setelah proses ini dilepasi, dinilai pula
sejauh manakah kemunasabahan sesuatu teks atau riwayat itu. Adakah ia
bertentangan dengan al-Quran, atau realiti yang nyata, atau fakta sejarah yang
tidak mungkin dipertikaikan, atau akal yang disepakati? Jika ini berlaku dan tiada
jalan keluar untuk menserasikannya, maka riwayat itu ditolak.
Contohnya cerita bahawa Bahtera Nabi Nuh a.s. tawaf ka’bah
dan bersolat di makam Ibrahim dua raka`at. Ini semua adalah dusta. Tidak masuk
akal. Nabi Nuh a.s. wujud sebelum Ibrahim a.s. Sementara Kaabah dibina oleh
Nabi Ibrahim dan Makam Ibrahim mengambil sempena nama Nabi Ibrahim a.s. Di mana
Kaabah dan makamnya ketika itu untuk bahtera Nuh bertawaf? Dengan itu para
ulama hadis hadis menolak cerita ini. Termasuk yang tampail menempelak riwayat
tersebut al-Imam al-Syafi’i r.h (al-Jurjani, al-Kamil fi Du’afa al-Rijal,
4/270, Beirut: Dar al-Fikr). Malang sekali, masih ada penceramah agama yang
mendendangkan kisah karut ini.
Pembunuhan Husain
Beberapa email saya terima mengadu mengenai sebuah tulisan
dalam akhbar ini yang menyatakan tentang sunat membuat bubur pada sepuluh
Muharram kerana mengenangkan peristiwa pembunuhan Saidina Husain bin ‘Ali
r.huma. Ada yang bimbang masuknya unsur syiah ke dalam masyarakat yang tidak
diajar menilai sesuatu dengan kritis. Saya kata; kita tidak bimbang asal-usul
sesuatu unsur pemikiran atau kefahaman dari mana datangnya. Selagi ia benar
atau bertepatan dengan fakta, datanglah dari mana sahaja, sekalipun dari Yahudi.
Kebenaran tidak memilih bulu. Apa yang dibimbangi adalah unsur tersebut
terpinggir jauh dari kebenaran. Soal kelebihan amalan atau fadilat adalah
ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Dalam riwayat sahih yang manakah yang
menyebut kelebihan membuat bubur hitam atau merah atau apa warna sahaja pada
Hari ‘Asyura? Apa yang pasti ia tidak pernah ada riwayat sahih yang menyuruh
hal itu. Apatahlagi peristiwa pembunuhan Husain bin ‘Ali berlaku pada tahun
61H, di zaman pemerintahan Yazid bin Mu’awiyah. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah
wa al-Nihayah, 6/258, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Terlajak membicarakan tentang pembunuhan cucunda Nabi s.a.w
ini, al-Husain bin ‘Ali yang amat kita cintai, ingin saya jelaskan bahawa
ahli-ahli sejarah ramai yang berpendapat bukan Yazid yang membunuhnya seperti
yang didakwa. Saya ingin memetik apa yang diulas oleh sejarahwan besar, al-Imam
Ibn Kathir (meninggal 774H):
“Orangramai mempunyai berbagai pendapat tentang Yazid bin
Mu’awiyah. Ada yang mencintai dan mengangkatnya iaitu segolongan penduduk Syam
yang beraliran Nasibiyyah. Adapun golongan Syiah Rafidah, mereka mengejinya dan
mengada-adakan berbagai pembohongan yang Yazid tidak lakukan. Ramai mereka
menuduhnya zindiq (kafir yang berpura muslim). Dia tidak sampai begitu.
Sementara pihak yang lain, tidak menyukainya dan tidak pula mencercanya. Ini
kerana mereka tahu dia bukan zindik seperti yang dituduh oleh golongan Syiah
Rafidah, namun pada zaman pemerintahannya berlaku berbagai peristiwa yang jelek
dan perkara-perkara yang dibantah, hodoh dan keji. Paling teruk adalah
pembunuhan Husain bin ‘Ali di Karbala. Namun dia tidak tahu (mengarahkannya)
dan barangkali dia tidak meredhainya” (al-Bidayah wa al-Nihayah, 6/256).
Kata tokoh pengkaji hadis al-Imam Ibn al-Salah (meninggal
643H):
“Tidak sahih di sisi kami bahawa Yazid memerintahkan agar
dibunuh al-Husain r.a. Riwayat mereka yang dipercayai bahawa perintah agar
dibunuh al-Husain dari orang yang mengepalai dalam pembunuhannya iaitu `Ubaid
Allah bin Ziyad, gabenor Iraq ketika itu” (Ibn Tulun, Qaid al-Syarid min Akhbar
Yazid m.s. 57, Kaherah: Dar al-Sahwah, Kaherah).
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) mempunyai
ulasan yang menarik, katanya:
“Apabila kaum keluarga Husain datang kepada Yazid, dia
memuliakan mereka dan mengiringi mereka ke Madinah. Diriwayatkan dia melaknat
Ibn Ziyad atas pembunuhan al-Husain. Katanya: “Aku meredhai ketaatan penduduk
Iraq tanpa membunuh al-Husain”. Namun begitu beliau tidak menampakkan
bantahannya, membela kematiannya dan mengambil tindakan membunuh balas
sedangkan itu adalah kewajipannya. Maka dengan itu, pendokong kebenaran
mengutuknya disebabkan dia meninggalkan kewajipan di samping perkara-perkara
lain. Adapun musuh-musuhnya mereka menokok tambah pendustaan ke atasnya
berbagai-bagai lagi” (Ibn, Taimiyyah, Majmu’ al-Fatwa, 2/253, Riyadh: Maktab
al-‘Abikan).
Unsur Syiah
Unsur syiah bukan baru dalam masyarakat kita, walaupun ia
belum lagi keterlaluan. Ini dapat dilihat bagaimana orang melayu menamakan
akar-akar kayu dengan nama ‘Ali dan Fatimah; seperti tongkat Ali dan Kacip
Fatimah. Tidak dinamakan tongkat Abu Bakr atau ‘Umar, tidak juga Kacip ‘Aishah,
atau Habsah. Dalam jampi juga ada menyebut: “fu kiri, fu kanan, berkat doa
baginda ‘Ali”. Jika sekadar nama ‘Ali atau Fatimah tiada salahnya. Mereka ialah
kaum keluarga Nabi s.a.w yang amat kita kasihi. Sebaliknya, yang ditakuti
apabila perkara yang tidak agama dianggap agama dalam Islam. Itu yang
menakutkan. Sehingga di Pakistan, Iraq, Iran dan kawasan-kawasan yang kuat
pegangan Syiahnya, pada hari ‘Asyura mereka mencederakan diri masing-masing
dengan alatan tajam kerana mengenangkan Saidina Husain dan kekejaman Yazid.
Ribuan bahkan ratus ribu kaum Syiah berkumpul pada sepuluh Muharram saban tahun
melukai tubuh dengan darah dan membasahi pipi dengan airmata mendendami Yazid
dan mengenang al-Husain bin ‘Ali. Lalu peristiwa hitam semalam, terus menjadi
dendam hingga ke hari ini. Siapakah sasarannya? Apapun jawapannya, ia adalah
antara sebab terpisahnya sunni dan syi’ah. Satu ajaran yang hidup dalam
nostagia luka yang sebahagiannya mungkin benar, sebahagiannya mungkin palsu.
Apapun, saya tidak dapat bayang jika seseorang yang ingin
menganut Islam hadir menyaksikan upacara yang dikaitkan dengan Islam yang
dipenuhi manusia yang mencedera dan melukai diri sendiri, apakah dia akan terus
menganggap agama yang membangunkan akal dan jiwa, mudah dan lurus mencapai
Tuhan? Atau mungkin dia tidak dapat membezakan antara ajaran Kristian yang
mendakwa darah Jesus terpaksa ditumpah untuk menebus dosa manusia, atau mungkin
dia akan keliru dengan agama sesat yang menyuruh penganutnya berjalan atas api
dan melukai diri untuk menunaikan nazar atau menebus dosa? Saya tidak pasti.
Apa yang pasti itu bukan sifat Islam seperti yang terkandung indah dalam al-Quran
dan al-Sunnah.
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin (menjawab fitnah mufti kedah)
Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang
sedang disebarkan, yang dibuat oleh Dato’ Badaruddin Mufti Negeri Kedah.
Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu wahabi
namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.
Bagi mengulas hal ini, saya menyebut beberapa perkara
berikut;
1. Adapun tuduhan beliau kepada aliran wahabi, itu urusan
beliau dengan mereka. Pun begitu, saya katakan bahawa walaupun kita mungkin
tidak bersetuju dengan beberapa pandangan ulama Saudi, tapi menuduh puak yang
berbeza dengan sewenang-wenang perlulah berhati-hati. Ada kiraan dosa dan
pahala di sisi Allah. Saya fikir sebodoh mana pun muslim tidak akan berkata
bahawa ‘Allah memegang najis’, ‘Allah macam kera’. Tiada siapa yang dapat
menerima perkataan yang seperti itu. Apakah mungkin untuk kita berkata kepada
mereka yang menjadi imam-imam di Masjidil Haram dan Masjid Nabi ada kepercayaan
yang seperti itu. Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang kita tidak setuju
dengan mereka, tidak wajar membuat ‘tembakan rambang’ kepada mereka.
2. Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan
macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan WALLAHI, wa BILLAH wa
TALLAHI itu adalah fitnah beliau semata. Beliau hendaklah membuktikan
tuduhan-tuduhan beliau samada melalui rakaman atau tulisan saya sendiri. Satu akhlak
yang buruk bagi sesiapa yang menuduh orang tanpa bukti yang boleh dijadikan
asas.
3. Isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi s.a.w dan menafikan
boleh mengambil keberkatan Nabi s.a.w (tabarruk) termasuk tentang rambut Nabi
s.a.w jika hendak dikaitkan dengan saya, adalah dusta. Sesiapa yang menonton
video saya di youtube bertajuk: “Memburu Barakah” akan mengetahui pendirian
saya tentang hal tersebut. Saya tidak nafikan tetapi berusaha memberikan makna
dan panduan.
4. Isu tidak membenarkan orang solat tarawih lebih dari
lapan rakaat bahkan menyatakan Perlis tidak membenarkan dan menganggap masuk
neraka sesiapa yang bersolat lapan rakaat ke atas, adalah fitnah beliau yang
beliau bertanggungjawab di hadapan Allah. Sejak sekian lama artikel saya
bertajuk “Kekeliruan Tentang Solat Tarawih” yang di siar di web saya (Minda
Tajdid), Akhbar Sinar Harian dan pelbagai laman web menyebut -antara lain-
tentang solat tarawih: “Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat
yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan
kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan
dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat
sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah”.
5. Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk
seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar.
Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang seperti itu dalam tulisan ataupun
ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber. Tetapi hendaklah
dipastikan ucapan dan tulisan yang tidak diedit dan dalam konteks yang betul.
Jawapan saya dalam masalah ‘Arasy umpamanya sama dengan apa yang Hasan al-Banna
sebut dalam ‘Usul al-‘Isyrin’, apa yang Sayyid Qutb sebut dalam Zilal al-Quran dan
Dr Wahbah al-Zuhaili sebut dalam Tafsir al-Munir (lihat tafsir ayat 54, Surah
al-‘Araf). Saya sebut nama-nama itu kerana mereka dikenali oleh orang melayu.
Jawapan yang sama disebut oleh TG Nik Abd Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh yang
lain. Sila tonton pelbagai video saya dalam hal ini.
6. Menuduh orang secara dusta adalah dosa yang besar. Saya
akan bertemu dengan beliau di mahkamah Masyar dan juga Allah ada urusan dan
tindakanNYA di dunia ini. Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika
beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah. Sabda Nabi
s.a.w:
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya
(muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada
hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat).
Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan
kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang
yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
7. Jika tidak, saya mengajak beliau BERMUBAHALAH iaitu
bersumpah laknat atas nama Allah. Jika saya menyebut seperti tuduhan-tudahan
beliau maka laknat Allah ke atas saya. Jika tidak, maka laknat Allah ke atas
beliau.
8. Saya pohon kemaafan kerana terpaksa menjawab secara
terbuka kerana tuduhan beliau disiarkan terbuka.
9. Kepada Allah kembali segala urusan. Sabda Nabi:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya
dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia
seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan
oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia
seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah
menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani)
Saturday, 19 October 2013
Al-Ghazali
.
1.
PENGENALAN
Falsafah berasal daripada gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein
yang bermaksud menyintai dan sophos yang bermaksud hikmah. Oleh itu
dapat disimpulkan bahawa falsafah bermaksud kecintaan terhadap hikmah. Maka
kalau dibincangkan mengenai ahli falsafah, ahli falsafah boleh dikatakan orang
yang menyintai falsafah.
Falsafah adalah
satu bidang ilmu yang banyak membincangkan masalah dan mencari solusi bagi permasalahan
tersebut untuk manfaat individu, masyarakat, Negara dan sesebuah tamadun.
Bangsa yang mementingkan falsafah telah terbukti berjaya menjadi sebuah tamadun
dunia yang tersohor. Contohnya tamadunYunani sekitar tahun 500 S.M.-300 S.M.
Melihat dari sudut kegemilangan Islam pula, tamadun Islam bangkit pada Zaman
Pertengahan di Semenanjung Tanah Arab.
Namun begitu,
kertas kerja ini bukan bertujuan hendak membincangkan mengenai falsafah secara
menyeluruh. Sebaliknya kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan mengenai
seorang tokoh Islam yang terkemuka yang menyumbang dalam pelbagai bidang
termasuklah dalam bidang falsafah. Walaupun beliau hanya menyumbang secara
tidak langsung dalam perkembangan ilmu falsafah, namun jasa beliau tidak dapat
dinafikan.
Beliau yang di
maksudkan adalah Imam al-Ghazali. Kertas kerja ini akan membincangkan bermula
dari sejarah hidup al-Ghazali, diikuti dengan perjalan beliau dalam menuntut
ilmu, terlibat dengan ilmu falsafah dan penentangan beliau terhadap falsafah.
Kertas kerja ini juga membincangkan mengenai pendapat ulama terhadap
al-Ghazali, bagaimana beliau menghadapi kesukaran hidup dan turut membawa
perbincangan mengenai pengakhiran kehidupan al-Ghazali.
2. RIWAYAT
HIDUP AL-GHAZALI
Al Ghazali atau nama sebenarnya Abu
Hamid al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 hijrah bersamaan 1072 masihi di desa
Ghazalah, di pinggir kota Thus. Kota Thus termasuk dalam wilayah Khurasan yang
terletak di bahagian timur laut Iran. Kota Thus juga merupakan salah satu kota
yang terkenal di wilayah Khurasan pada zaman dahulu.
Abu Hamid al-Ghazali berasal
daripada keluarga yang miskin. Ayahnya bekerja sebagai seorang penenun kain
dari bulu biri-biri untuk dijadikan pakaian dan hasilnya dibawa dari desa
Ghazalah ke kota Thus untuk di pasarkan atau dijual di sana. Walaupun
keluarganya merupakan dari golongan yang miskin, namun begitu keluarga Abu
Hamid al-Ghazali sangat kuat dalam bergama. Ayah al-Ghazali seorang yang buta
huruf akan tetapi beliau sangat gemar bergaul dengan para sufi dan ‘alim ulama
sambil mempelajari serta mendalami ilmu-ilmu keagamaan.
Beliau juga sering menabur bakti
dengan membantu golongan sufi dan ‘alim ulama ini memperkembangkan usaha dakwah
mereka serta membantu dalam urusan-urusan lain. Impak daripada sering
mendampingi dan bergaul dengan para ilmuan ini, timbulnya rasa keinginan dalam
diri ayahnya untuk memiliki seorang anak yang soleh serta berilmu pengetahuan.
Ayah al-Ghazali sering berdoa kepada Ilahi supaya hasratnya itu dapat
direalisasikan. Berkat doa seorang ayah yang bertaqwa akhirnya permintaannya
itu telah diperkenankan. Lahirnya seorang insan yang telah mengharumkan lagi
nama islam ketika itu yang dikenali sebagai al-Imam Abu Hamid al-Ghazali.
Al-Ghazali juga telah digelar sebagai Hujjatul Islam oleh para alim ulama.
Sebelum ayah al-Ghazali meninggal
dunia, beliau telah mewasiatkan kepada seorang sahabatnya yang merupakan
seorang sufi untuk menjaga dan mendidik dua orang putranya iaitu al-Ghazali dan
saudarnya Ahmad. Ayah al-Ghazali juga ada meninggalkan sedikit wang kepada
sahabatnya, untuk membiayai kehidupan dua orang putranya itu. Ketika berada
dalam jagaan sahabat ayah mereka, al-Ghazali dan saudaranya telah belajar
membaca dan menulis daripada sahabat ayah mereka itu.Kehidupan bersama sahabat
ayah mereka itu adalah sangat miskin dan susah sehingga mereka tidak mampu
untuk melanjutkan pelajaran. Setelah beberapa waktu berlalu, wang perbelanjaan
yang telah ditinggalkan oleh bapa mereka telah habis.
Pada suatu hari sahabat ayah mereka
itu telah berkata kepada mereka bahawa wang yang telah ditinggalkan oleh ayah
mereka telah kehabisan dan beliau tidak mampu lagi untuk menyara hidup al-Ghazali
dan saudaranya kerana beliau merupakan seorang yang miskin dan hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Beliau
juga menasihatkan mereka supaya pergi ke kota Thus dan belajar di sebuah
madrasah agar dapat mengubah nasib diri mereka.
Setelah itu mereka telah pergi ke
madrasah tersebut sebagaimana yang telah dinasihatkan oleh sahabat bapanya itu.
Madrasah tersebut di asaskan oleh seorang lelaki yang benama Nizam al-Mulk dan
madrasah tersebut dikenali sebagai Madrasah an-Nizamiyyah. Di madrasah tersebut,
Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali telah mempelajari ilmu fiqh, ilmu nahu, dan ilmu
hisab dan beliau juga telah berjaya menghafal isi al-Quran. Al-Ghazali gemar
untuk mempelajari ilmu-ilmu yang zahir manakala adiknya Ahmad pula lebih
cenderung kepada ilmu tasawuf.
Pada tahun 465 hijrah, al-Imam Abu
Hamid al-Ghazali telah pergi ke Jurjan, di mana tempat ini merupakan tempat
beliau mempelajari dasar-dasar ilmu pengetahuan yang berkembang ketika itu di
bawah bimbingan asy-Syaikh Abu Nasr Ismail Ibn Mas’adah al-Ismaili. Semasa
belajar di Jurjan, al-ghazali merupakan seorang yang rajin dan tekun belajar.
Beliau menulis setiap ilmu dan pelajaran yang diajarkan oleh gurunya. Beliau
juga sangat sayang akan nota-notanya itu.
Setelah tamat pelajarannya pada
tahun 470 hijrah, al-Ghazali pulang ke Thus. Dia telah pulang bersama sebuah
kafilah dengan membawa bersama nota-nota pelajarannya itu. Ketika dalam
perjalanan ke Thus, sekumpulan penyamun telah menahan kafilahnya itu dan
merampas segala harta setiap anggota kafilah tersebut termasuklah nota-nota
kepunyaan al-Ghazali. Imam al-Ghazali merayu kepada penyamun tersebut supaya
dipulangkan notanya. Salah seorang daripada penyamun itu lalu tertawa dan
berkata kata kepadanya “bagaimanakah engkau mengatakan yang engkau sudah
memperoleh ilmu sedangkan jika kami merampas nota-nota ini maka engkau akan
kehilangan ilmu mu?” Akhirnya nota-nota al-Ghazali dikembalikan kepadanya
semula.
Peristiwa tersebut telah memberi
kesan yang amat mendalam terhadap dirinya dan menjadi titik tolak kepada
al-Ghazali mengubah cara beliau berfikir juga sistem pembelajarannya. Beliau
berpendapat bahawa kata-kata yang lahir daripada mulut penyamun tersebut adalah
satu ilham daripada Allah s.w.t sebagai petunjuk kepada dirinya. Setelah
kembali ke Thus, beliau mengambil masa selama tiga tahun untuk menghafal segala
nota-notanya itu.
Ketika berada di Jurjan, al-Imam Abu
Hamid al-Ghazali telah berkahwin dan dikurniakan empat orang cahaya mata,
seorang lelaki dan tiga orang perempuan. Namun al-Ghazali telah diuji dengan
kehilangan anak lelakinya kerana meninggal dunia ketika masih kecil lagi.
Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali juga pernah berguru dengan seorang syaikh yang
sangat terkenal pada tahun 473 Hijrah iaitu asy-syaikh Diyauddin Abu al-Ma’ali
‘Abdul Malik ibn ‘Abdullah al Juwaini di al-Madrasah an-Nizamiyyah. Syaikh ini
juga digelar dengan nama Imam al-Haramain kerana beliau pernah mengajar di
Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid an-Nabawi di Madinah al-Munawwarah.
Al-Ghazali telah mempelajari ilmu-ilmu seperti ilmu fiqh, ilmu usul, ilmu
mantiq, ilmu falsafah, ilmu kalam dan ilmu perdebatan serta beliau juga dapat
menguasai ilmu-ilmu ini dengan mudah dek mepunyai kecerdasan dan ketajaman
akal. Di sini jugalah al-Ghazali menulis kitab-kitabnya untuk menzahirkan
pendapatnya dan menjadi bahan bacaan serta rujukan kepada masyarakat awam.
Setelah peristiwa kewafatan gurunya,
Imam al-Haramain, pada tahun 478 Hijrah, al-Ghazali telah dipanggil oleh Nizam
Al-Mulk iaitu seorang wazir Sultan Saljuk Turki yang menguasai kerajaan Abasiah
di Baghdad ketika itu. Baghdad merupakan sebuah tempat pedebatan ilmu yang
sangat hebat pada masa tersebut dan al-Ghazali telah menonjolkan dirinya dengan
mengalahkan pedebat-pedebat yang lain secara tidak langsungnya menjadikan dirinya
terkenal di seluruh daerah. Nizam al-Mulk sangat tertarik akan kebolehan dan
ketokohan al-Imam Abu Hamid al-Ghazali dan beliau telah melantik al-Ghazali
sebagai pengetua di Universiti Nizamiyyah di Baghdad. Masyarakat pada masa itu
juga sangat kagum dengan keindahan perkataan, kafasihan lidah dan keperibadian
al-Ghazali.
Ketika era kegemilangan al-Ghazali
semakin memuncak, pada tahun 488 Hijrah, berlakunya satu peristiwa yang telah
menyebabkan beliau terpaksa melepaskan tugasnya di mana beliau tidak mampu lagi
mengajar kerana kehilangan kata-kata. Al-Ghazali telah menceritakan peristiwa
yang berlaku terhadap dirinya ini dengan lebih terperinci dalam kitabnya iaitu
al-Munqidh Min ad-Dalal. Setelah beliau bermuhasabah, didapati bahawa niat
dalam pengajarannya telah tergelincir dari landasan yang sebenarnya iaitu
beliau tidak lagi ikhlas kerana Allah s.w.t malah tujuan utamanya adalah untuk
mengejar kemewahan duniawi dan supaya namanya di agung-agungkan oleh
masyarakat.
Selepas daripada itu beliau telah memohon
keampunan dan berdoa kepada Allah agar penyakitnya itu sembuh semoga beliau
kembali mampu meneruskan usaha dakwahnya bagi mendidik hati-hati manusia.
Disebabkan peristiwa tersebut, pada bulan Zulkaedah tahun 488 Hijrah, beliau
telah meletakkan jawatannya sebagai pengetua di Universiti an-Nizamiyyah dan
meminta adiknya iaitu asy-Syaikh Ahmad al-Ghazali mengambil alih jawatannya
itu.
Beliau mengambil keputusan untuk
meninggalkan Baghdad dan mewaqafkan segala hartanya kecuali sebahagian kecil
yang telah di ambil untuk dijadikan perbelanjaan menyara hidup keluarganya.
Bagi mengelakkan berlakunya syak wasangka, al-Ghazali telah memberitakan bahawa
dia akan berangkat untuk menunaikan haji di Makkah. Setelah meninggalkan
Baghdad, beliau telah menunaikan haji di Makkah dan tinggal di sana selama 10
tahun dan sebahagian waktunya di Baitul Maqdis.
Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali banyak
menghabiskan masanya dengan ber’uzlah mensucikan dan menjernihkan hatinya
dengan beramal dan berzikir kepada Allah. Atas desakan dan permintaan para
wali, al-Ghazali kembali mengajar di Universiti an-Nizamiyyah pada tahun 499
Hijrah. Beliau juga telah bertekad untuk mengajar ilmu-ilmunya itu semata-mata
kerana Allah di samping memperbaiki dirinya dan orang lain. Beliau hanya mengajar
dalam tempoh masa yang singkat dan telah kembali ke rumahnya di Thus.
Al-Ghazali telah meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir tahun 505
Hijrah bersamaan 18 Disember 1111 Masihi.
3. KARYA
AL-GHAZALI.
Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali banyak
menghasilkan kitab kitab ilmiah yang menjadi rujukan dan panduan kepada
masyarakat kita hingga hari ini. Dianggarkan beliau telah menulis lebih 300
buah buku yang merangkumi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti dalam bidang
hadis, tafsir, ulumul Quran, tauhid, falsafah, mantik dan sebagainya. Ini
membuktikan bahawa al-Ghazali merupakan seorang penulis yang produktif dan
gelaran yang diberikan kepada beliau iaitu Hujjatul Islam sangat bertepatan
dengan keperibadiannya.Walaubagaimanapun, sebahagian besar hasil karya
tulisannya telah musnah di bakar oleh tentera Moghul yang menyerang kota
Baghdad.
Antara kitab yang musnah termasuk :
40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan Al-Madhnuuna bihi ala Qhairiha
(Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang-orang Yang Bukan Ahlinya). Menurut
para ulama cuma lebih kurang 80 buah kitabnya sahaja yang berjaya diselamatkan
seperti Ihya Ulumuddin (Menghidupkan Kembali Ilmu-ilmu Agama), Al Munqidz
Minadh Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Kimia-i-Saadat, Tahafut Al Falsafah
(Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Misykatul Anwar,
Makatibul Ghazali (Surat-surat al-Ghazali) dan lain-lain lagi.
Antara kitab al-Ghazali yang terkenal ialah Ihya Ulumuddin
(Mengidupkan Kembali Ilmu-ilmu Agama). Kitab ini dihasilkan pada awal abad
kelima Hijrah yang mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam membendung
serangan materialisme yang menghembuskan racun-racun kecintaan dunia dalam diri
orang Muslim. Melalui usaha murni al-Ghazali, masyarakat mulai sedar akan aspek
sufistik mempunyai peranan yang besar dalam mengharmonikan kehidupan serta
memberi keseimbangan antara usrusan keduniaan dan akhirat. Kitab ini memiliki
keistimewaannya yang tersendiri kerana telah dipersembahkan dengan gaya yang
mudah untuk dibaca dan difahami disamping telah diringkaskan sendiri oleh
al-Ghazali. Al-Imam Nawawi pernah mengatakan bahawa “tidak pernah ada buku
seperti ini pernah ditulis sebelumnya, dan tak akan ada yang dihasilkan selepas
ini”. Ini mebuktikan bahawa kitab Ihya Ulumuddin hasil karya al-Ghazali ini
telah mendapat pengiktirafan daripada ulama-ulama besar seperti Imam Nawawi.
Seterusnya, al-Ghazali telah menghasilkan sebuah karya yang tidak
kurang hebatnya dan sangat popular iaitu Makatibul Ghazali (Surat-surat
Ghazali). Buku ini telah menghimpunkan surat-surat al-Ghazali yang telah
diutuskan kepada sultan-sultan, perdana menteri, gabenor-gabenor dan para
pembesar negara. Surat-surat al-Ghazali tersebut kebanyakannya ditulis dalam
bahasa parsi. Di dalamnya telah terselit pendapat dan teguran al-Ghazali kepada
pembesar-pembesar negara yang menolak untuk tunduk kepada pemerintah yang tidak
adil dan tidak melaksanakan tanggugjawab dengan amanah. Al-Ghazali telah
menasihati para pembesar negara dengan cara yang baik supaya tidak
menyalahgunakan kuasa dan amanah yang diberikan kepada mereka.
Di dalam salah satu suratnya, al-Ghazali telah melahirkan rasa
kesedihan dan ketidakpuasan hatinya terhadap situasi yang berlaku dalam
kalangan masyarakat ketika itu di mana orang-orang miskin telah ditindas oleh
golongan kaya. Mereka terpaksa bersusah-payah berkerja untuk kesenangan
golongan kaya ini sedangkan nasib diri mereka tidak pernah dipedulikan oleh
golongan kaya. Selain itu terdapat banyak lagi isi kandungan buku ini yang
boleh dijadikan panduan kepada para pembaca pada masa ini.
Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali juga banyak menulis berkenaan
falsafah. Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah) merupakan antara hasil
karya beliau yang masyhur yang membicarakan berkaitan dengan falsafah. Di dalam
buku ini, al-Ghazali banyak mengkritik dan mengecam para ahli falsafah yang
bersifat ekstrimis dengan ilmu falsafah mereka sehingga terkeluar daripada
landasan Islam. Beliau juga menyatakan bahawa tujuan penyusunan buku ini adalah
untuk menhancurkan falsafah itu sendiri dan menggugat keyakinan masyarakat
terhadap falsafah. Al-Ghazali juga telah memperkatakan berkaitan Ibnu Sina dan
pengikutnya bahawa mereka telah keliru dan melakukan bid’ah ketika mempelajari
falsafah dengan seorang yang tidak mempercayai akan adanya Tuhan iaitu
Aristotle yang merupakan murid kepada Plato dan Socrates.
Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau
tidak dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis
menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap
antifalsafah. Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang antifalsafah
tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana. Hal ini kerana mereka
beranggapan kritikan-kritikan al-Ghazali tersebut adalah merupakan sebahagian
daripada proses ilmu falsafah itu sendiri.
Selain itu, kitab Misykatul Anwar adalah merupakan kitab karya
al-Imam al-ghazali yang juga terkenal.Kitab ini pada umumnya menyentuh
soal-soal keTuhanan pada peringkat yang tinggi. Kitab ini juga merupakan
tafsiran Surah An-Nur ayat 35-36 oleh al-Ghazali atas permintaan orang ramai
yang menyuruhnya supaya membicarakan sedikit tentang rahsia keTuhanan.
Al-ghazali juga pernah mengatakan bahawa kitab Misykatul Anwar ini
bertujuan untuk mengupas dengan lebih mendalam lagi berkaitan dengan kitab
Ihya’ Ulumuddin. Kitab ini juga banyak membicarakan berkaitan ilmu hakikat yang
sukar di fahami oleh kebanyakan orang. Menurut beberapa pendapat Ilmuan Islam,
kitab ini perlu dipelajari dengan begitu teliti bagi mengelakkan timbulnya
kekeliruan tatkala mempelajarinya.
4 .
PENGLIBATAN DALAM FALSAFAH.
Penglibatan al-Ghazali dalam bidang falsafah adalah berasaskan
kepada ilmu logik. Catatan sejarah menyebutkan bahawa al-Ghazali tidak pernah pernah mempunyai
seorang guru yang khusus bagi membolehkan beliau mendalami ilmu falsafah. Hal
ini berlawanan dengan disiplin ilmu yang lain seperti ilmu feqah, tasawuf dan
tauhid khususnya yang dihuraikan melalui pendekatan ilmu kalam. Namun begitu,
pengajiannya di Naysabur telah membuka ruang kepada beliau mendalami ilmu
falsafah setelah didedahkan mengenai maklumat tentang kedudukan ahli falsafah
oleh gurunya al-Juwayni. Ilmu tersebut dikenali sebagai ahl al-mantiq wa
al-burhan.
Detik permulaan di Nasyabur tersebut menjadi kunci meleraikan
kedudukan dan metodologi pemikiran ahli falsafah yang difahami oleh al-Ghazali.
Pemahaman serta penguasaan terhadap ilmu falsafah dikembangkan lagi apabila
beliau mencurahkan bakti di Madrasah al-Nizamiyyah, Baghdad dengan
membaca buku-buku falsafah. Al-Ghazali mengisahkan sendiri bahawa pengkajian
falsafah yang dilakukan beliau adalah bersumberkan penulisan dan karya dalam bidang tersebut
tanpa bimbingan seorang guru. Inilah kegiatan masa lapang yang dilakukan oleh
beliau sekiranya tidak terlibat dengan penulisan atau pengajaran di Madrasah
al-Nizamiyyah.
Kebanyakan buku falsafah yang tersebar di Dunia Islam pada ketika
itu adalah tulisan tokoh-tokoh falasafah seperti al-Farabi dan Ibn Sina.
Sesetengah sarjana seperti Watt, menyebutkan bahawa al-Juwayni yang memberi
galakan kepada al-Ghazali agar membaca buku-buku falsafah hasil penulisan
al-Farabi dan Ibn Sina. Penulisan kedua-dua tokoh ini dianggap al-Ghazali sebagai
hasil karya terbaik yang merupakan olahan intelektual Muslim pada zaman
tersebut.
Al-Ghazali berpegang bahawa beliau tidak akan mengkritik sebarang
aliran pemikiran kecuali beliau telah memahami asas pemikiran pengasas berdasarkan
sumber-sumber yang berautoriti. Melalui kaedah inilah beliau mendekati
karya-karya falsafah. Kecerdasan akal dan kepintaran luar biasa yang dimiliki
oleh al-Ghazali membolehkan beliau mampu memahami asas-asas pemikiran falsafah
dan mampu mengadaptasi bidang tersebut dengan baik.
Beliau menghabiskan
kira-kira dua tahun untuk mendalami disiplin falsafah yang disebutkan dalam
sejarah. Tidak cukup dengan itu, beliau menambah lagi setahun bagi mengamati
dan menghalusi segala apa yang telah dipelajarinya sebelum itu seperti yang
dinukilkan beliau sendiri Dalam Al-Munqidh.
Menurut Zaki Mubarak, faktor ketiadaan guru merupakan antara punca al-Ghazali
begitu lantang mengkritik beberapa asas pemikiran falsafah yang dilihatnya
bertentangan dengan ajaran Islam. Sekiranya beliau mendapat bimbingan guru
secara khusus, tentu sekali beliau tidak akan begitu lantang mengkritik
falsafah.
Pandangan yang dikemukan oleh sarjana tersebut tidak harus dilihat
sebagai berobjektifkan merendahkan tahap penguasaan al-Ghazali dalam bidang
falsafah kerana tidak mempunyai tenaga pengajar khusus yang membimbingnya
sebaliknya bertujuan menghargai sudut pandang yang berbeza dalam kalangan
ilmuan Islam yang memberikan pendapat berdasarkan tahap ilmu masing-masing.
Intrpretasi seseorang ahli falsafah terhadap sesuatu perkara adalah
berbeza dengan seorang yang bukan ahli falsafah. Hal ini disebabkan berlakunya
perbezaan tahap kefahaman masing-masing terhadap isu yang dibahaskan. Al-Ghazali
yang berlatar belakangkan theologi tentu sekali mempengaruhi tanggapannya terhadap
doktrin-doktrin falsafah, bahkan mendorongnya untuk menghasilkan karya-karya
falsafah yang bertujuan untuk menolak beberapa doktirn yang dianggapnya sebagai
bercanggah dengan ajaran Islam.
Al-Ghazali telah melakukan suatu tindakan yang tidak dilakukan oleh
ulama’ yang lain. Bahkan beliau telah melakukan apa yang tidak sanggup
dilakukan oleh ulama’ lain iaitu mendalami dan memahami ilmu falsafah. Walaupun
tanpa guru khusus, beliau telah berjaya mengadaptasi ilmu falsafah dan
menukilkannya dalam kitabnya Al-Munqidz min Ad-Dhalal.
Al-Ghazali telah membahagikan golongan falsafah kepada tiga
golongan iaitu al-Dahriyun atau atheis, al-Tabiiyun atau natural dan
al-Ilahiyun atau theologi. Al-Dahriyun merupakan golongan yang menolak adanya
Sang Pencipta. Mereka mempercayai bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya.
Mereka ini dikategorikan zindiq iaitu kafir oleh Imam Al-Ghazali.
Al-Tabiiyun atau natural pula menumpukan banyak kajian tentang alam
semula jadi, keanehan fenomena-fenomena yang wujud pada haiwan dan tumbuhan.
Hal ini dilakukan melalui ilmu pembedahan anggota haiwan yang dikenali dengan
nama ilmu tasyrih atau anatomi. Mereka beranggapan jiwa manusia apabila mati,
tidak akan dibangkitkan semula. Mereka menolak wujudnya akhirat, syurga dan
neraka, padang mahsyar dan hisab. Mereka juga menolak pahala dan dosa. Oleh
sebab itu mereka menjadi hamba kepada hawa nafsu. Mereka ini juga dikategorikan
zindiq oleh Imam Al-Ghazali.
Golongan yang lahir kemudian dikenali sebagai al-Ilahiyun atau ahli
theologi. Antara mereka termasuklah Sokratus, muridnya Plato dan murid Plato
iaitu Aristotles. Mereka semua menolak golongan al-Dahriyun dan al-Tabiiyun. Namun
begitu mereka kemudiannya terpecah kepada dua golongan. Aristotles telah
mengecam dan mengkritik pendapat Plato dan Sokrates dan pendapat-pendapat ahli
falsafah ketuhanan terdahulu yang diutarakan oleh kedua tokoh di atas.
Aristotles menganggap Sokratus dan Plato tidak bersih dan masih
hidup dalam kekufuran dan bid’ah. Walaubagaimanapun Aristotles masih juga
berpegang dengan bid’ah kekafiran mereka itu. Oleh sebab kesan bid’ah yang ada
pada Aristotle tidak ada tolak ansur dan tidak boleh dimaafkan, maka dia dan
pengikutnya telah dikafirkan termasuklah beberapa ahli falsafah Islam yang mengikutnya
seperti Ibn Sina dan al-Farabi.
Al-Ghazali kemudiannya menyebutkan bahawa Ibn Sina dan al-Farabi
merupakan dua tokoh yang amanah dalam menukilkan ilmu Aristotles. Al-Ghazali kemudiannya
telah membahagikan ilmu falsafah kepada beberapa bahagian iaitu matematik,
mantiq, fizik, ketuhanan, siasat dan akhlak.
Ilmu matematik adalah ilmu berkaitan dengan ilmu kira-kira,
geomaetri dan kejuruteraan. Ilmu ini tidak berkaitan dengan agama. Ia merupakan
ilmu yang bersifat pembuktian dalil dan bukti. Ilmu ini adalah bersifat burhaniyyah.
Tidak ada jalan untuk menolaknya apabila telah difahami dan diketahui.
Ilmu mantiq atau logik pula adalah ilmu yang tidak ada kaitan
dengan agama. Bahkan ia berbentuk pandangan dan pengendalian atau qiyas
iaitu syllogism. Ilmu fizik pula membincangkan mengenai kajian alam langit
serta segala planet dan bintang-bintangnya, air dan juga udara dan bukanlah
syarat agama menyangkal ilmu-ilmu ini.
Al-Ghazali dalam ilmu metafizik atau ketuhanan menyebutkan, banyak
ahli-ahli falsafah yang tersalah. Mereka tidak mampu untuk membuktikan sebagaimana
yang menjadi prasyarat dalam ilmu mantiq. Tiga kesalahan yang mereka lakukan
membawa kepada kekafiran manakala tujuh belas lagi membawa kepada perkara
bid’ah. Tiga masalah yang menyalahi keselurahan pendapat orang Islam ialah:
a)
Tidak
ada kebangkitan semula pada hari kiamat ke atas jasad manusia.
b)
Allah
SWT hanya mengetahui ilmu yang bersifat umum sahaja, tetapi ilmu yang bersifat
khusus tidak diketahui.
c)
Alam
adalah bersifat qadim dan azali.
Al-Ghazali menyebutkan bahawa bidang politik adalah berdasarkan perbincangan
fikiran yang menyentuh tentang hukum-hukum masalah yang berkaitan dengan
masalah dunia. Etika pula membincangkan mengenai perihal sifat-sifat yang patut
menghiasi jiwa dan perlakuan seseorang yang pelbagai dan berbeza.
Hasil daripada penerangan yang tidak ada tolok bandingnya ini, Al-Ghazali
telah berjaya merungkai misteri di sebalik kalimah falsafah, yang merupakan
salah satu cabang daripada tangkai yang selama ini tidak terjawabdan salah satu
daripadanya azimat yang menjadi rahsia yang tersebunyi.
5.
SERANGAN TERHADAP FALSAFAH
Al-Ghazali merupakan tokoh yang sangat istemewa dalam usahanya
untuk memerangi falsafah. Tokoh-tokoh sebelumnya mengambil jalan mempertahankan
Islam dan akidahnya dengan berdalihkan agama Islam. Apabila falsafah menyerang
Islam, mereka bangkit menentang dan menolak tuduhan-tuduhan yang ditujukan
kepada Islam. Mereka berusaha menetapkan pendirian yang diambil berdasarkan syariat
Islam dan mencari alasan dan kelemahan terhadap falsafah dan teori-teorinya.
Ilmu kalam seolah-olah menjadi benteng yang berterusan menerima
serangan demi serangan dari falsafah. Tidak ada seorangpun dari kalangan
tokoh-tokoh ahli kalam yang berani menyerang falsafah dan menggempurnya
habis-habisan sehingga ke lubuknya sendiri kerana penguasaan mereka terhadap
ilmu falsafah dari segi asas-asas dan cabang-cabangnya amat lemah dan goyah.
Mereka juga tidak mempunyai senjata yang cukup mantap dalam usaha untuk
berhadapan dengan serangan falsafah apalagi dalam usaha untuk menyerang dan
mengkritik pandangan dan pendirian falsafah.
Tekanan demi tekanan yang mereka alami menyebabkan mereka mengambil
tindakan mempertahankan suatu serangan yang dilemparkan kepada Islam dan pihak
yang mengambil pendirian mempertahankan sesuatu akan sentiasa nampak berada di
pihak yang lemah. Berlandaskan objektif yang baik iaitu menunjukkan sikap
toleransi dan memaafkan kepada yang menuduh mereka turus bertahan.
Kehadiran al-Ghazali sebaliknya membawa situasi yang sangat
berbeza. Al-Ghazali mengambil langkah menyerang falsafah, mengkaji dan
mengkritiknya. Serangan beliau yang bersifat ilmiah dan berhujah seperti mana
falsafah. Beliau juga menunjukkan keintelektual sebagaimana ahli-ahli falsafah
yang besar dan penyerang-penyerangnya yang terkenal sehingga memaksa ahli
falsafah mengubah kedudukan mereka di pihak yang tertuduh dan tokoh-tokoh
mereka mengambil sikap mempertahankan pendirian mereka sendiri.
Tindak balas positif yang dibawa oleh al-Ghazali telah mewujudkan
satu anjakan yang amat besar tehadap pendirian agama dan falsafah, malah ia
telah menzahirkan kemenangan kepada akidah Islamiah. Kepulangan semula kepada akidah Islam telah
berlaku kepada pengikut Islam dan kepada orang-orang yang beriman dan
menghilangkan kehebatan falsafah dan pengaruh ilmiahnya dalam kalangan
masyarakat.
6.
FATAMORGANA LENYAP DARI FALSAFAH
Al-Ghazali sedar
apabila beliau telah megishtiharkan perang terhadap falsafah, beliau telah menyediakan
persediaan yang lengkap untuk bertempur. Bukan sahaja dari sudut material,
rohani dan juga kejiwaan, bahkan beliau telah mengatur strategi yang mantap
untuk berdepan dengan mereka tanpa kompromi. Serangan psikologi digunakan dalam
usaha melemahkan dan menjatuhkan semangat musuh dan mengangkat semangat juang
pejuang-pejuang kebenaran.
Falsafah berselindung di sebalik masyarakat pertengahan. Perbahasan
yang samar-samar, tidak jelas, rumit dan kabur menyukarkan falsafah difahami.
Malah penggunaan bahasa simbol dan uslub-uslub yang tidak jelas turut
digunakan. Pengarang sengaja berbuat demikian untuk mengekspoitasi golongan
tertentu dan menjadikan falsafah khusus untuk golongan tertentu sahaja. Dengan
cara ini nilai falsafah melambung tinggi dan menjadikannya dalam fatamorgana
yang mendapat penghargaan, penghormatan dan menyebabkan kebanyakan menusia
tidak pernah berfikir untuk mengenali dan memahaminya.
Menghuraikan falsafah dalam bentuk mudah dan boleh difahami adalah
langkah pertama dan bijak yang dilakukan oleh al-Ghazali. Kebijaksanaan yang
dianugerahkan kepada al-Ghazali memudahkan huraiannya hampir kepada pemahaman
masyarakat. Rentetan itu lahirlah kitab yang berjudul Maqasid al-Falasifah.
Karangan ini membahaskan istilah-istilah falsafah dengan sebaik-baik penjelasan
hinggakan tokoh-tokoh falsafah itu sendiri tidak dapat mengkritik dan
menjangkau kaedah penjelasan al-Ghazali.
Seluruh masyarakat termasuklah para ahli falsafah sendiri
mengiktiraf kepakaran al-Ghazali dalam falsafah sebaimana yang berlaku dalam
ilmu-ilmu lain. Ruang dan peluang telah terbuka kepada beliau untuk beliau
mengemukan pendapatnya yang tegas pada kemudian hari. Sehinggakan para ahli
falsafah menganggap mereka telah berjaya menambah saf pakar dalam bidang
falsafah.
Enam asas telah dikeluarkan oleh al-Ghazali dalam perihal penting
falsafah yang kebanyakan tidak bertentangan dengan agama. Al-Munqiz Min
al-Dalal kitab karangan al-Ghazali menyuarakan falsafah akan menang dan
berdiri atas kedua belah kakinya di atas dua kesilapan :
a)
Kesilapan
yang hadir dari pembentangan yang dilakukan oleh orang-orang yang menjelaskan
pendapat mereka tentang falsafah.
b)
Kejahilan
orang-orang yang membela Islam dengan menentang falsafah secara total tanpa
pengkajian atau pemahaman terhdap falsafah itu sendiri.
Kemudian al-Ghazali menjelaskan orang yang memerhatikan ilmu fizik
yang pada ketika itu merupakan ilmu falsafah berasa takjub dengan ketepatan
hujahnya. Oleh sebab itu, anggapan positif lahir dan mereka beranggapan semua
ilmu falsafah mempunyai hujah yang hak. Kekufuran yang lahir dan sifat acuh
tidak acuh terhadap syariat telah mengkafirkan para ahli falsafah tersebut.
Andaikata agama itu benar, sepatutnya sudah boleh ditangkap oleh ahli falsafah
yang mendalami ilmu fizik. Inilah kesilapan yang dilakukan oleh para ahli
falsafah.
Pejuang Islam pula berpendapat agama perlu menang dengan menolak
setiap ilmu yang disandarkan kepadanya. Semua ilmu diingkari sehingga menolak
perbahasan perihal gerhana matahari dan bulan yang dinggap bertentangan dengan
syarak. Kejahilan ini menambah kecintaan
masyarakat pada falsafah dan mewujudkan pemikiran bahawa Islam itu tertegak di
atas kejahilan.
7.
PENDIRIAN ULAMA
Pembawaan risiko hasil dari serangan pemikiran adalah lebih dahsyat
dan buruk berbanding serangan persenjataan. Hujjatul al-Islam gelaran yang
telah diterima oleh al-Ghazali setelah berjaya menumbangkan gagasan ahli
falsafah. Ulama yang mulai sedar dapat merenung semula tindakan al-Ghazali yang
memberi impak mendalam dalam diri umat Islam yang akhirnya memberikan
penghargaan kepada al-Ghazali.
Kritikan penglibatan dalam bidang falsafah juga turut diterima
al-Ghazali. Mereka ini seolah-olah buta dari melihat faktor-faktor al-Ghazali
mengkaji falsafah. Sudut pandang yang penuh kebencian terhadap falsafah telah
membawa kebencian terhadap al-Ghazali. Golongan yang mengkritik al-Ghazali
tidak ubah seperti pejuang Islam yang jahil sebagaimana yang menyangka Islam
akan menang dengan menolak segala yang disandarkan kepada falsafah.
8.
KESIMPULAN
Al-Ghazali mengguna method pengkajian yang mendalam
sebelum menghukum suatu perkara. Pembawaan ilmu hasil kajian itu kemudiannya
diadaptasi kedalam masyarakat yang memudahkan penerimaan apabila pendekatan
yang bersifat ringkas digunakan. Penolakan terhadap falsafah dilakukan dengan
ilmiah dan bukannya melarikan diri dari masalah. Hasilnya al-Ghazali
menyelesaikan masalah umat dan mengangkat semula akidah Islam.
RUJUKAN
Abdul Qayyum, 1985, Surat-Surat Al-Ghazali, Mizan Bandung,
Indonesia.
Ahmad Sunawari Long, 2008, Sejarah Falsafah Edisi Kedua, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
A.Hanafiaakk, 1976, Pengantar Falsafah islam.
Eric Ormsby, 2008, Ghazali The Revival Of Islam, Oneworld
Punlication, Trivandrum, India.
Marget Smith ,M.A,D.Lit, 1983, Al-Ghazali The Mystic, Hijra
International Publisher, Lahore.
Mohd Fauzi Hamat, 2005, Ketokohan Al-Ghazali Dalam Bidang Logik,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
M. Umaruddin, 2001, Some Fundamental Aspect Of Imam Ghazzali’s
Thought, Adam Publishers And Distributors, Chitli Qabar, Delhi.
Rohaya & Tholib Anis, 1988, 40 prinsip Agama Imam Ghazali,
pustaka hidayah.
Salih Ahmad al-Syami, 2001, Perjuangan Al-Ghazali Menegakkan
Kebenaran dan Menghapuskan Kebatilan Satu Panduan Untuk Ulama di Alaf Baru,
Pernigaan Jahabersa, Johor Bahru.
Saleh Ahmad Asy-Syami, 2007, Biografi Imam Al-Ghazali Hujjatul
Islam Dan Pembaru Kurun Ke-5 (450-505 Hijrah), Jasmine Enterprise, Kuala
Lumpur.
Ahmad Hatum, Muhd Taufiq Abu Ali, 2001, الإمام أبو حامد الغزالي متصوفا ومتكلما وفقيها, Darul Taghrib, Beirut,
Lubnan.
Subscribe to:
Posts (Atom)